Sunday, September 20, 2009
Sesuci Lebaran
Bulan ramadhan pun sudah meninggalkan kita. Bulan Syawal sudah tiba untuk kita meraikan kemenagan setelah sebulan berpuasa. Semoga amalan ibadah yang di buat di bulan yang mulia itu diterima Allah SWT. Rasanya sedih apabila takbir bergemah. Umat Islam diseluruh dunia berpakaian baju kurung, siap sedia untuk ke masjid untuk solat Hari Raya Aidilfitri. Bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa dan juga adik beradik. Hari yang penuh kemaafan. Melawati orang-orang tersayang. Ketika kegembiraan, jangan juga kita lupa kepada orang yang perlu bantuan.
Saya disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat andai, saudara mara dan keluargaku. Kalau ade terkasar/tersilap bahasa, mahupon sengaja atau tidak sengaja, aku ingin mohon maaf, zahir dan batin, daari hujung kuku kaki ke hujung rambut.
Ini masa nya jugak untuk kita cuba dan makan kueh-mueh yang enak-enak. Dan tidak lupa juga kepada duit raya *kaching*. Oh, itu untuk sesiapa yang masih bersekolah dan tidak kerja sahaja eh. HaHa. Kepada kawan-kawan ku, have fun di hari ini, makanlah sepuas-puas nya.
HeHe.